Sunday, July 5, 2009

Bermulanya satu projek

projek lintah yang telah dimulakan pada 25 dis 2008. jumlah induk lintah adalah sebanyak 100 ekor untuk permulaan saja. Lintah dimasukkan kedalam polytank 100 gellen dan diberi makan belut seminggu sekali untuk merangsangkan persennyawaan. Lokasi projek ini adalah di Kuala Mandahan. lebih kurang 20km dari pekan papar.



Ini dia tempat tinggal lintah yang di sediakan. Tanah digunakan untuk lintah bertelur dan berlindung di bawah. Kerana tanah memberi kesejukan. Tumbuhan seperti keladi bunting atau kiambang digunakan sebagai makanan dan tempat berteduh dan berselindung dan juga untuk bertelur. Survival rate adalah lebih tinggi jika lintah bertelur di tanah berbanding di permukaan air.





Anak lintah yang terdapat di polytank. Anak lintah ini akan di pindahkan ke polytank lain. Pemindahan anak lintah dijalankan dengan mengunakan net untuk menangkap lintah tersebut.



Induk lintah. (mother leech) Dianggarkan bahawa seekor lintah akan bertelur sebanyak 15 hingga 20.


Tanki plastik untuk belut.

Gambar belut 1. Susah di tangkap, kerana badan belut sangat licin. Badan belut akan mengeluarkan sesuatu bendalir yang licin sekiranya nyawanya terancam. Ini dikenali sebagai defence mechanism. (kalau tak percaya kau cubalah pegang tu belut kuat-kuat dengan tangan kau, kalau boleh kau kasih picit tangan kau tu kuat-kuat habisan lah, gerenti boleh cabut punya tu. itu belut pandai-pandai slide dari tangan kau tu.) sory bahasa sabah bah!... :))


Gambar belut 2


Gambar belut 3


Gambar belut 4

Gambar belut 5



Anak anak lintah yang telah di pindah kan ke polytank baru.





Gambar menunjukkan anak lintah di dalam bekas plastik sebelum di pindah kan ke polytank.







video anak lintah dalam bekas plastik sebelum di pindahkan ke polytank baru.

No comments:

Post a Comment