Saturday, September 12, 2015

menu test

Wednesday, July 15, 2009

Lintah dan Keli Update

Lintah perlu tumbuhan air seperti kiambang atau keladi bunting untuk bertelur dan sebagainya. Terdapat banyak tumbuhan air seperti di atas di Papar. Ia juga penting untuk kitaran air. Tumbuhan menyerap gas-gas yang beracun di dalam air dan mengeluarkan oksigen untuk lintah.
Tumbuhan ini perlulah di bersihkan dahulu di dalam bekas plastik atau sebagainya untuk mengeluarkan benda-benda asing yang akan mengancam pembiakan lintah

Tumbuhan yang telah di bersikan.

Baby leech di polytank sebelum di beri makan.


Lintah di berikan makanan belut. Belut di simpan dalam bekas plastik. Belut haruslah di ikat atau di simpan dalam sangkar atau dawai yang telah digulung mengikut saiz belut tersebut. Cara di atas dan di bawah adalah salah sebab belut akan makan atau mengeluarkan lintah dari badannya dengan senang.

anak lintah sedang menghisap darah belut. teknik yang bahaya, kerana belut akan memusingkan badannya dan menarik keluar lintah tersebut dari badannya.


Cara yang betul, mengunakan dawai, belut di simpan dalam dawai yang telah digulung. Belut tidak akan memusingkan badan untuk menangkap lintah tersebut.

Ini adalah tangki khas untuk induk lintah. Seperti di terangkan, lintah memerlukan darah belut untuk merangsangkan persennyawaan. Selepas bertelur dan menetas, anak lintah akan di pindah kan ke polytank lain untuk "intensive feeding". Belut akan di keluarkan dari polytank lintah setelah 2 hingga 4 jam dan di masukkan balik ke tangki belut yang di sediakan.

Lintah yang telah di beri makanan belut selama 2 hingga 4 jam. Saiz telah membesar sebanyak 2-3 kali.



Pekan Kimanis, satu-satunya yang terdapat di kawasan sekitar Papar. Tiada lagi kedai di situ, cuma ini sahaja. Tiada beza 20-30 tahun lalu, sama saja. tiada perkembangan. Menyeramkan juga kalau mau dekat waktu malam. Bongawan bagus lagi, ada banyak kedai. Macam rumah seram holywood saja ni. :))


Video lintah, setelah kenyang makan


.

Sunday, July 5, 2009

Bermulanya satu projek

projek lintah yang telah dimulakan pada 25 dis 2008. jumlah induk lintah adalah sebanyak 100 ekor untuk permulaan saja. Lintah dimasukkan kedalam polytank 100 gellen dan diberi makan belut seminggu sekali untuk merangsangkan persennyawaan. Lokasi projek ini adalah di Kuala Mandahan. lebih kurang 20km dari pekan papar.



Ini dia tempat tinggal lintah yang di sediakan. Tanah digunakan untuk lintah bertelur dan berlindung di bawah. Kerana tanah memberi kesejukan. Tumbuhan seperti keladi bunting atau kiambang digunakan sebagai makanan dan tempat berteduh dan berselindung dan juga untuk bertelur. Survival rate adalah lebih tinggi jika lintah bertelur di tanah berbanding di permukaan air.





Anak lintah yang terdapat di polytank. Anak lintah ini akan di pindahkan ke polytank lain. Pemindahan anak lintah dijalankan dengan mengunakan net untuk menangkap lintah tersebut.



Induk lintah. (mother leech) Dianggarkan bahawa seekor lintah akan bertelur sebanyak 15 hingga 20.


Tanki plastik untuk belut.

Gambar belut 1. Susah di tangkap, kerana badan belut sangat licin. Badan belut akan mengeluarkan sesuatu bendalir yang licin sekiranya nyawanya terancam. Ini dikenali sebagai defence mechanism. (kalau tak percaya kau cubalah pegang tu belut kuat-kuat dengan tangan kau, kalau boleh kau kasih picit tangan kau tu kuat-kuat habisan lah, gerenti boleh cabut punya tu. itu belut pandai-pandai slide dari tangan kau tu.) sory bahasa sabah bah!... :))


Gambar belut 2


Gambar belut 3


Gambar belut 4

Gambar belut 5



Anak anak lintah yang telah di pindah kan ke polytank baru.





Gambar menunjukkan anak lintah di dalam bekas plastik sebelum di pindah kan ke polytank.







video anak lintah dalam bekas plastik sebelum di pindahkan ke polytank baru.